Showing posts with label House Stories. Show all posts
Showing posts with label House Stories. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Wishlist Kedua - Auto Gate Terlaksana

Assalamualaikum.

Hai.

Entri pertama untuk hari ini. Semalam sempatlah menulis blog sementara melepak di kedai mamak. Waktu itu menunggu Ammar keluar dari sekolah, kami lepaklah dulu. Minggu ini Ammar balik awal. Baiklah, untuk meneruskan entri yang sekian lama tertangguh. Lama jugak terperap dalam draf. Entah kenapa tidak datang mood nak tulis entri ini. Tapi memandangkan sudah tersimpan lama dan penat saja aku beria amik gambar, makanya aku tulislah juga.

Tahun lepas, ini dikirakan impian kedua kami suami isteri yang dapat direalisasikan. Kebetulan rezeki datang tepat pada waktunya. Alhamdulillah. Alasan lain yang menguatkan untuk pasang auto gate ini sebab memudahkan aku yang selalu pulang bersama anak-anak. Itulah husband beria nak pasangkan juga.

Hal auto gate ini memang sepenuhnya husband yang uruskan. Dari survey tempat yang berbaloi harganya hinggalah pemasangannya. Aku tak amik port pun. Tahu-tahu dia datang pasang aje. Ngada-ngada sangat.

Sewaktu proses pemasangannya. Aku tinjau dari dalam saja.

Berselirat wayar.

Jenuh nak mengemas lepas selesai pemasangannya.

Pasang plug kat dalam juga.

Wayar yang terpaksa lalu di luar. Takkan nak tebuk tiles kan. Terselindung pun. Tidaklah sakit sangat mata memandang.

Kotak auto gate.

Inilah segala bagai. Aku pun tak tahu namanya.

Dapatlah buat sekali loceng di luar. Selalu guna yang beli kat Mr.Diy. Kejap-kejap rosak. Aku pun tak tahu ada loceng. Husband tak cerita pun. Saja nak buat kejutan. Itulah antaranya impian kami yang telah direalisasikan pada tahun lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, January 1, 2017

Wishlist 2016 Yang Pertama Terlaksana

Assalamualaikum.

Hai.

Entri kedua menyusul. Tengah bersemangat nak menulis baiklah teruskan menulis. Anak-anak masih lagi diulit mimpi. Hari ini ada jemputan kenduri Aqiqah daripada kawan pejabat. Setaman dengan aku saja. Tak adalah jauh pun. Lepas ke kenduri, kami bercadang mahu ke MITC untuk membeli barang sekolah. Belum sempat membeli pun sebenarnya sebab beberapa minggu yang lepas kami sibuk. Jadi hari ini barulah nak buat persiapan. InsyaAllah sempat sebab yang nak dibelinya hanya peralatan alat tulis sahaja. Baju sekolah, kasut sekolah masih boleh dipakai lagi.

Berbalik kepada tajuk entri di atas, antara wishlist yang dapat kami suami isteri laksanakan adalah dengan menukar gate rumah. Rezeki yang datang membuatkan impian yang satu itu dapat direalisasikan. Alhamdulillah. Sememangnya akulah yang paling gembira sebab memang berhajat mahu menukar gate lama itu pada yang baru.

Inilah rupa gate lama rumah aku. Kiranya sudah lima tahun daripada kami berpindah masuk menggunakan gate ini sahaja.

Inilah rupa gate yang baru. Aku yang pilih coraknya manakala warnanya pula asben yang pilih.

Pandangan dari dalam rumah pula.

Ada pintu kecil yang boleh digunakan. Itu sahaja cerita mengenai gate baru. Kemudian ada menyusul wishlist kedua. Nantikan di lain entri ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, March 2, 2016

Pasang Lampu Dan Kipas

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua menyusul bila kerajinan datang merasuk dalam diri. Malam tadi kononnya nak tidur awal tapi bila keinginan menulis datang, makanya tulislah sedikit. Melepaskan gian. Hehehe. Entri ringkas-ringkas jadilah. Banyak entri yang draf sebenarnya.

Baiklah, ini cerita lapuk. Dah lama tak cerita perihal rumah. Lagipun tak ada perubahan apa-apa pun. Sejak renovate dua tahun lepas, begitu ajelah rupanya. Tapi sebab sudah ada gambarnya dan dari jadi draf baiklah aku tuliskan juga entri ini. Sekurang-kurangnya, aku ingat momen-momen ini bila berlakunya. Sekadar kenangan untuk diri sendiri.

Plan nak pasang downlight memang sudah tersimpan lama. Tetapi bila banyak sangat kekangannya, makanya perancangan itu terpaksalah ditunda. Ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan. Jadi ini barulah berkesempatan menunaikan impian kami suami isteri. Itu pun pasang downlight di ruang tamu dulu.

Di sinilah ditambah lampu downlight.

Ini nak pasang kipas. Kebetulan kipas bilik tidur utama rosak, jadi terpaksalah tukar. Kipas yang ada di ruang tamu, kita orang tukar ke dalam bilik dan kipas baru kita orang ganti di luar.

Itu masa nak tebuk lubang untuk pasang downlight.

Beginilah rupanya setelah dipasang. Aku suka!Aku suka!

Ini lampu tambahan. Saje gedik nak berchandelier bagai. Belilah satu. Murah aje. Ada promo dapatlah RM100. Nak beli yang sampai tiga empat ratus memang tidaklah. Banyak benda lain nak beli. Ini pun dah cantik. Itu sahaja perkongsian daripada aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Wednesday, January 27, 2016

Air Purifier Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Entri ketiga untuk hari ini. Semalam gigih menaip entri-entri ini untuk nampak yang blog aku masih lagi aktif. Kebelakangan ini memang sibuk itu sebab tak dapat nak menulis di blog ini. Bila tak tulis blog terkenang-kenang pula dengan blog ni.

Makanya untuk minggu ini akan adalah beberapa entri yang akan aku kongsikan di sini. Entri kali ini aku nak kongsikan mengenai air purifier. Perlu atau tidak? Katanya air purifier ini untuk bersihkan udara dan untuk hilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Aku pun kurang pasti akan kenyataan ini.

Tapi asben memang dah lama usha nak beli air purifier. Aku ikut aje. Apa yang dia nak beli aku okey je. Banyak tempat jugak kita orang survey. Memula ke Aeon lah. Mana lagi selebihnya seurvey di internet. Makanya terbelilah tanpa sengaja air purifier secara online. Asben yang pilih sebab dia yang bayar. Aku ikut aje, benda ada dalam rumah aku gunakanlah sebaik mungkin. Hahaha..

Inilah bentuk air purifier kita orang. Harga dalam RM100++. Tak silap akulah. Serius, tak ingat! Aku dah gunakan dan suka gunakan. Katanya bagi aura positif. Balik rumah mesti aku pasang benda alah ini supaya aku sentiasa mendapat aura positif. Hahaha. Poyo sangat. Taklah, baunya pun wangi. Terasa kesegarannya. Gitulah. Itu sahaja perkongsian aku untuk petang ini. Mana tahu kalau korang berminat bolehlah beli juga. Ada dijual di mana-mana dengan harga yang berbagai-bagai. Nak yang murah, surveylah yang murah. Nak yang mahal, belilah yang mahal. Ikut kemampuan okey.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, January 13, 2016

Hasil Membeli Di Awal Tahun

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Entri kedua untuk hari ini. Aku kalau datang mood rajin memang akan adalah beberapa entri untuk satu hari. Tapi sekarang entri auto published aje. Janji blog tidak dibiarkan terkontang-kanting tanpa entri. At least, biarlah aku tulis satu entri untuk satu hari. Itu sudah memadai. Kira dah bersyukurlah kalau ada satu entri.

Baiklah, sepanjang minggu lepas waktu suami aku bercuti selama seminggu memang heaven sesangat. Yelah, pagi aku tak payah rushing nak hantar anak-anak ke sekolah. Kira santailah aku seminggu tu. Kemudian aku pun cuti dua hari. Dua hari aje tak boleh lama-lama.

Itu pun sepanjang dua hari bercuti dengan suami, memang tak lekat kat rumah. Usai menghantar anak-anak ke sekolah kami dengan urusan kami. Ke sana ke mari. Keluar rumah bergelap, balik pun bergelap. Entri sebelum ni, aku ceritakan yag kami pergi mencari basikal untuk anak-anak. Basikal yang ada di rumah sudah tidak sesuai dinaiki oleh anakanda berdua. Jadi apaknya nak upgrade basikal anak-anaknya. Dah besar katanya. Basikal kena nampak macam orang besar. Apa-apa jelah.

Dua buah basikal untuk anak-anak. Satu warnanya merah dans atu lagi warnanya merah jambu.

Seperti biasa, merah jambu untuk si kakak. Pink dan nana berpisah tiada. Warna tu asben aku yang pilih. Selalu dia marah aku asyik beli warna pink. Alih-alih dia pulak yang berjangkit.

Salah satu wishlist tahun baru yang terlaksana. Apa itu?

Gigihlah mamat tu pasang.

Inilah yang dipasangnya. Cari yang murah-murah aje. Itu pun terbang ratus-ratus. Nak beli yang mahal duit masih banyak cabangnya. Cabang pertama dah selesai. Mahu pergi ke cabang yang lain pula. Itu sahaja entri kali ini. Semoga beberapa wishlist kami suami isteri akan terlaksana dalam tahun ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Wednesday, August 6, 2014

~Penghujung Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Selamat hari rabu. Sekejap sahaja kita sudah melalui enam hari untuk bulan Ogos ini.  Semalam kesibukan, buat-buat sibuk pun iye. Masih lagi mencari mood menstabilkan diri.  Pandang kertas-kertas atas meja. Tak lalu. Huh! Tapi buatlah juga kerjanya walaupun dalam gerak kerja yang agak perlahan.

Tadi godek-godek telefon bimbit, nampaklah beberapa keping gambar yang aku simpan semasa penghujung Ramadhan.  Jadi aku buatlah entri sebelum aku buka cerita Syawal aku yang entah bila mahu ditulis.  Gambar dalam kamera pun belum disimpan dalam komputer.

Ini masa beberapa hari Ramadhan mahu melabuhkan tirainya.  Ramadhan yang ke 24. hari gaji. Kami berbuka di luar dan bawak mak dan ayah aku sekali. Berbuka di Restoran Ikan Bakar bersebelahan Tesco.

Kipas apa pula ni? Kisahnya aku nak alihkan kipas ni sebab nak gantikan kipas siling.  Berbulan menanti ornag wiring tak kunjung tiba. Akhirnya aku tanya pada kawan aku. Nasiblah tunang dia nak pasangkan kipas tu.  Sebab kat dining aku tu tinggi.  

Kipas yang aku beli tu nak letak sebelah lampu ni. Selesai juga pasang kipas ni sebelum raya. Nanti aku tunjukkan gambar selepas. Itu sahaja ceritanya. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Monday, March 24, 2014

~Kisah Tinted Tingkap Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  entri pertama tadi adalah entri berjadual.  Semalam sudah aku karangkan di rumah.  Masa senggang aku semalam terisi dengan hanya mengulit laptop.  Semalam mahu bersantai-santai sahaja setelah seharian sabtu itu ke hulu hilir tanpa henti.  Malamnya sudah tidak boleh berbuat apa.  Kehabisan tenaga.

Sabtu itu juga sebab tak dapat nak rehat kerana ada orang kat rumah.  Selain emak dan ayah di rumah, ada orang datang untuk pasang tinted di rumah.  Asben aku suruh datang hari sabtu.kebetulan mak dan ayah ada baguslah.  Sebab asben aku kerja takkanlah aku nak hadap sorang diri.  Memang tak terlayan.  Mana dengan si budak dua orang itu.

Ini proses memasang tinted.  Sebab nak pasang tinted? Cahaya matahari masuk ke dalam rumah.  Ada tinted kuranglah sikit.  Tak adalah langsir aku lompong lagi.  Hehehe...

Langsir kat tingkap ni dan sliding door aku memang lompong.  Kenalah ganti yang lain.  Pilih warna dekat-dekat sama dengan sebelum ini. 

Harap lepas ni kuranglah lompong pada langsir.  Dah pasang tinted ni gelap sikit dalam rumah.  Ingat nak buat day curtain tapi sampai sekarang tak terbuat-buat.  Itu sahajalah kisah sabtu lepas dan kisah rumah aku.  Bersambung lagi dengan entri lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                           

Thursday, March 20, 2014

~Buaian Yang Diidam-Idamkan~

Teks : Fyda Adim
Foto Carian Google & Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat petang semua.  Sudah makan? Aku baru sahaja lepas pekena mee jawa.  Kenyang alhamdulilah.  Syukur untuk rezeki hari ini.  Oleh sebab pagi tadi sarapan sudah makan nasi lemak, tengahari tak makan nasilah.  Gitulah.  Saja tukar selera.  Hari ini bawa bekal untuk sarapan je.  Makan tengahari tiada, kenalah makan di kafe kat tingkat satu.

Nak cerita mengenai buaian yang diidam-idamkan.  Sejak rumah diubahsuai dan ada beranda yang kecil depan rumah terfikir-fikir nak diletakkan apa di beranda tu.  Tiba-tiba terperasan pada satu kedai perabot yang terletak di depan taman perumahan.  Aku terperasan akan sesuatu.  Tersuka pada buaian yang diletakkan di muka pintu kedai.  Saja kan nak buat aku tergoda.

Lebih kurang macam ginilah buaian yang membuatkan aku jatuh cinta.  Hahaha...Sejak dari itu setiap kali lalu depan kedai tu, aku sempat mengerling ke arah kedai itu.  Iye, buaian itu ada di situ.  Masih ada.  Dah pasang azam untuk membelinya.  Entah bila akan tercapai.  Buat masa ini hanya memasang angan-angan.  Tak ape, angan-angan tidak perlu dibayar.  Tunggu ye, kalau aku dah cukup duit akan aku rembat kamu wahai buaian.  Lepas tu boleh berangan lagi.

"Buai laju-laju, aku nak kawin dengan anak raja..."Opsss.  Berangan lagi.

Inilah tempat yang mahu diletakkan buaian.  Mudah-mudahan tercapailah angan-angan jangan tak tercapai dek akal sudah.  Okeylah, itu sahaja cerita kisah buaian dalam angan-angan.  Bersambung lagi dengan angan-angan yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

Friday, March 14, 2014

~Turbine Ventilator Sudah Dipasang~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Ke mana arah tuju rehat anda? Aku sempat menjengah ke tempat pilihan di hati.  Nantilah aku ceritakan ke mana arah tujuku tadi.  Memang masuk kedai tu rambang mata.  Nasiblah ke sana poket tidak tebal.  Kalau tidak banyak yang menjadi belianku.  Bila poket tidak tebal jadi membeli itu lebih ke arah yang perlu.  Itu yang lebih diutamakan.

Okey, sebenarnya entri petang ni bukan nak cerita ke mana arah tuju aku tadi.  Itu hanyalah mukadimah.  Biasalah, aku kalau tidak ada mukadimah memang tidak sah.  Berbalik kepada tajuk, apa itu turbine ventilator? Korang tahu? Mari tengok...

Hah, itu yang dipanggil nama seperti di atas.  Sudah dipasang beberapa minggu yang lepas.  Apa fungsinya? Salah satunya menyedut mengeluarkan haba panas yang terperangkap dalam bumbung rumah dan menyejukkan suhu.

Itulah fungsinya.  Selain itu, udara dalam rumah lebih segar dan nyaman.  Apa lagi ye?

Dengan adanya ventilator ni keadaan rumah tidaklah sebahang sebelum ini.  Bolehlah...

Setiap bahagian di dalam rumah di pasang ceiling vent ini.  Di ruang tamu, bilik, dan dapur.  Untuk pemasangan ini waktu tu ada promosi rasanya.  Asben pilih yang 20 inci.  Harganya RM1200 untuk 2 unit.  Kalau tak silap aku.  Tapi pada warga Melaka, sesiapa yang ingin memasang ventilator ini, bolehlah berhubung dengan Encik Syahril di talian 018-2531262.  Aku sekadar war-warkan sahaja.  Tidak ada hubungan dengan orang ini.  Hehehe...

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Nanti akan disambung lagi dengan entri yang lain.  Oh ye, pokok-pokok yang dibeli hari tu telah habis ditanam.  Cuma tunggu hasilnya sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Thursday, March 6, 2014

~Projek Seterusnya Untuk Rumah~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Lagi satu jam mahu ke jam 1.00 tengahari iaitu masa rehat.  Ini adalah entri berjadual yea.  Nanti orang kata aku ni rajin benar tulis entri baru dalam waktu kerja.  Entri ini aku taip malam tadi.  Sudah lama tak berbuat begini.  Dulu rajin juga sekarang penyakit 'M' bermaharajalela di dalam diri.  Kalau di rumah memang sudah sibuk dengan kerja-kerja rumah.  Mana mahu melipat baju, menyapu, mengemop.  Memang tak menang tangan.  Ditambah lagi dengan dua orang askar.  Sebelah malam, tenaga sudah kehabisan.  Minta dicas semula.

Berbalik kepada tajuk, setelah mukadimah panjang lebar seperti biasa rumah aku sudah selesai diubahsuai.  Tiga minggu juga berhadapan dengan habuk, simen, batu bata dan sebagainya.  Apabila semuanya siap, lega hati bila tengok keadaan rumah seperti apa yang diinginkan.

Satu bahagian sudah selesai.  Dalam fikiran ada projek seterusnya untuk rumah yang bakal menyusul.  Masih berkira-kira tentang bajet.  Tapi memang ini yang dalam perancangan.  Apa yang dirancang? Mahu menghias laman rumah.  Hias ala kadar je janji sedap mata memandang untuk kami empat beranak.

Tempat yang disimen ni kononnya aku nak letak pasu bunga.  Nak buat macam tanam yang tak berapa nak tanam.  Tapi aku ni bermasalah sikit pasal tanam pokok.  Bukan sikit rasa kronik masalahnya.  Kalau tanam pokok mesti tak menjadi.  Sudahnya layu dan terus mati.  Hah gitulah ceritanya.  Aku beli bunga nanti suruh asben yang jaga.  Hahaha...Dia tangan sejuk.  Aku tangan panas ke pemalas? :D

Inilah tiga buah pasu bunga yang ada dari dulu kini atau mungkin selamanya.  Oh tidak!  Bunga kertas tu aku beli daripada kakak sepupu aku tapi tak pernahlah aku membelek pokok bunga tu.  Tahu-tahu keluar bunga je.  Bahagian tepi ni kononnya nak tanam rumput.  

Begitu juga dengan tanah belakang ni.  Nak tanam rumput.  Rumput jenis apa belum difikirkan lagi.  Kena survey yang senang dijaga dan yang paling murah.  Itu yang penting.  Murah itu penting.  Jadilah tanam rumput kat tanah sekangkang kera ni.  Begitulah ceritanya.  Projek yang diangan-angankan oleh aku.  Hari-hari fikir pasal rumput.  Rumput! Rumput! Rumput! Sebenarnya banyak lagi yang diangankan untuk rumah tapi kena berdikit-dikit untuk melaksanakannya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                                       

Tuesday, March 4, 2014

~Renovation Rumah Sudah Siap~

Assalamualaikum...

Seamat petang semua.  Menyandar kekenyangan.  Alhamdulillah, habis juga bekalan yang dibawa.  Misi ke arah penjimatan.  Hah, harap-harap dapatlah bertahan selama yang boleh.  Menyimpan kerana mahu membeli sesuatu.  itu yang utamanya.  Okeylah, mengenai kisah rumah yang diubahsuai bulan lepas telahpun siap sepenuhnya.  Sangat-sangat puas hati dengan tukang-tukang yang membuatnya.  Berbaloilah..

Ubahsuai rumah ini adalah salah satu impian aku yang sudah terlaksana walaupun bukan sepenuhnya.  Aku pernah menceritakannya dulu di SiNI.  Tak apa, berdikit-dikitlah buat ubahsuai yang memerlukan kos yang bukan kecil.

Aku kongsikan gambar selepas diubahsuai.  Tidak ada niat untuk menunjukkan sekadar mahu berkongsi memandangkan ada yang minta kongsikan gambar selepas diubahsuai.  Lagipun tidak ada apa yang nak ditunjukkan.  Rumah aku biasa-biasa saja.  Bukan rumah mewah yang terletak di kawasan elit.  Hehehe..Marilah tengok...

Ini bahagian depan bilik yang dibuat beranda.  Bolehlah kami empat beranak duduk bersantai.  Kena beli kerusi meja letak kat beranda ni.

Inilah warna tiles yang dipilih dan corak yang aku dan asben pilih.  Search kat google cari idea corak nak susun tiles.

Rupa beranda dari arah lain pula.

Besi pun sudah dinaikkan tembok begini.  Jadi boleh intai orang dari lubang sahaja.

Bahagian tepi rumah.

Yang ini bahagian belakang rumah.  Akhirnya tercapai mahu tiles keliling rumah.

Pandangan dari belakang.  Sebelah sini dapat simen sikit je.  Bercadang nak letak pasu-pasu bunga tapi aku ni jenis tak boleh tanam pokok.  Ada yang mati pula.

Akhir sekali inilah suasana baru setelah diubahsuai.  Jadilah untuk keselesaan kami empat beranak.  Projek seterusnya untuk rumah akan menyusul kemudian.  Banyak perancangan yang sedang difikirkan.  Mahu mengumpul ongkosnya dulu banyak-banyak.  Itu sahaja kisah teratak aku yang tidak seberapa itu.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,